Wednesday 11 April 2012

Allah Maha Besar

Assalamualaikum

Jika kawan-kawan melihat gambar dibawah ini. Renungkan lah.



Allah SWT tidak pernah setitik pun melupakan kita. Jadi kita sebagai hambaNya janganlah pernah melupakan Dia. Walau keadaan susah mana sekalipun atau kita sedang bersenang- lenang. Ingatlah! Ingatlah dunia ni bukan kita yang punya tetapi Yang Maha Menguasai langit dan bumi ini, Allah SWT. Walaupun harta kita melimpah ruah, akan tetapi harta itu pasti akan dikembalikan kepadaNya semula. Ianya tidak akan kekal untuk kita. Jadi berSUJUDlah, tunduk dan patuh kepadaNya. Janganlah biarkan hati itu menjadi keras, hitam lagi berbau. Nauzubillah. Doalah kepada Allah SWT supaya di beri ketetapan hati untuk sentiasa beriman dan bertaqwa kepadaNya. Kejarlah syurga biarpun letih, lelah, keluh kesah. Kejarlah. Kejarlah syurga itu. Dunia ini semakin hampir tamat. Ingatlah. Insaflah.

Hakikatnya, aku menegurmu untuk mengingatkan diriku jua. Aku menasihatimu untuk diriku juga supaya turut berjaga-jaga. Dan aku bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan bahang Api Neraka. Aku ini bukanlah Malaikat. Aku juga manusia. Kerana aku juga pernah lalai dan melampaui batas. Jadi kita sama sama bertaubatlah sebelum terlambat. Semoga kita dapat masuk ke syurga bersama-sama. Ameen


As-salam

No comments:

Post a Comment