Assalamualaikum wbt.
Salam Isnin semua, hopefully semuanya berada dalam keadaan
yang sentiasa dirahmati Allah SWT. Selawat dan salam di atas junjungan Nabi kita
Nabi Muhammad SAW dan para keluarga serta sahabat baginda. Alhamdulillah kita
semua berada dalam keadaan yang dimana semua orang masih lagi boleh bernafas, boleh lagi melihat, boleh lagi berbuat
kebaikan. Syukur alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam
yang telah memberi kita segala nikmat yang tak boleh nak hitung jumlahNya.
Keluarga dan kawan-kawan yang sangat saya sayangi, kamu
semua sangat hebat dimata saya. Saya sayang korang semua, oleh kerana saya
sayanglah saya nak post sesuatu yang saya rasa tak sedap dimata dan hati saya.
Ya, saya memang seorang insan yang lemah tak lah sepandai kamu- kamu semua. Hati
saya pun tak lah sebaik hati-hati kalian. Saya tahu saya insan yang baru nak
belajar, yang baru nak memperbaiki diri . Sebenarnya kan saya tak tahu macam
mana nak tegur, tak tahu macam mana nak cakap depan-depan. Sorry lah sebab saya
memang taktahu nak berintonasi supaya korang faham. Sorry jugak sebab bahasa
saya agak kasar.
NOW YOU LISTEN WHAT I WANNA SAID TO YOU ALL , Yang duk sibuk
agung-agungkan dunia.
Dunia? Ya, saya
mengaku saya bangga sangat dengan dunia yang serba mewah, dunia fesyen yang up
to date, dunia hiburan, konsert antarabangsa sana sini and macam-macam lagilah
yang korang pun lebih tahu. Tapi sekarang saya rasa sedih sebab saya pernah hidup
dengan dunia yang macam tu. Sekarang saya benci kehidupan dunia yang macam
tu. Maybe sekarang korang akan cakap hello nina, hello minah tak payah nak
poyo beremosi sangat macam kau tu hebat sangat, bajet baik, bajet alim, bajet
muslimah and bla bla bla bla bla…
HELLO! Bila masa I cakap I ni hebat ? I ni baik ? BILA MASA!
Sebab apa korang cakap macam tu, sebab korang tengok saya sekarang dah tak macam dulu? And yes sebab sebenarnya korang tak rasa lagi
macam mana INDAHNYA kehidupan saya sekarang, even sekarang saya tak berfesyen
langsung, selekeh and apa-apa je lah korang nak cakap. Sebab korang tak rasa
manisnya kehidupan Islam, korang memang islam tapi korang hidup tak macam orang
islam YANG SEBENAR-BENARNYA??? Memang korang solat, puasa, tutup aurat. Tapi
adakah semua tu semata-mata kerana Allah? Kerana dunia kan? Ofcos lah kerana
dunia nak orang puji. Betapa cantiknya kau, betapa kayanya kau.
Dunia? Dunia nak kejar
harta kekayaan, nanti mati senang anak boleh warisi harta tu. Hello, didiklah
anak –anak mu dengan didikan agama yang sempurna bukan ajar anak beli itu beli
ini. Memanglah tak nafikan harta tu penting, tapi takyah lah duk kejar harta tu
sampai hutang keliling pinggang, takde masa nak spent time dengan family. Anda
ketua keluarga, mana tanggungjawab anda? Bila anak derhaka tengking2, sedar tak
macam mana didikan anda terhadap anak anda? sudah cukupkah didikan agama yg
kamu berikan kepada anak kamu itu dengan hantar dia pergi sekolah agama? Anda
mahu dia menjadi soleh dan solehah tapi anda sendiri itu soleh? Anda solehah?
TEPUK DADA TANYA HATI SENDIRILAH
Apalah yang korang bangga sangat dengan
dunia, sedang akhirat korang lupa.
Baru sekarang saya tahu macam mana orang yang tak pernah
hidup dengan mengagung-agungkan dunia. Hidup dorang sangat simple takde nak
menunjuk-nunjuk, hidup bersederhana walaupun dorang sebenarnya banyak duit tapi
tidak pernah mengagung-agungkan duit tu. Sebab dorang tahu duit tu datang
sementara je tak boleh bawak masuk kubur pun bila mati nanti.
Btw korang memang hebat, hebat
sangatlah. Tapi lagi hebat Allah yang telah ciptakan langit dan bumi. Dan yang
akan matikan kita semua nanti. Sedarlah diri tu, bila lagi nak sedar. Hidayah
perlu dicari, bukan duk tunggu – tunggu sampai seru. Tak sampai sampai seru tu nanti
dah mati pulak. Macam mana? Cuba fikir
kalau hati tu dah gelap. Then Allah tarik nyawa kita masa hati kita dah gelap.
Tak sempat nak bertaubat. Eh kau bayangkan lah. Cuba bayangkan. Bayangkan
tengah duk bergembira happy2 tengah buat menda tak elok. then Allah tarik nyawa
kita. Sekejap je. Kita pun dah mati. Mana lah kita tahu time tu kita nak mati. Tak
sempat nak mengucap. Kau bayangkan lah, Ya Allah macam mana lah perasaan tu.
Perasaan mati orang yang tak sempat bertaubat, kau tak takut ke? Dosa banyak
lagi ni. Then bila dah mati kena seksa kubur. Sesungguhnya azab kubur sangat
lah pedih. Kau kan pandai, orang hebat, belajar tinggi, tapi kau fikir tak bila
mati datang nanti??? takkan la kau orang pandai tak fikir menda tu. Fikir
seronok dengan duit kekayaan kau je eh.
Orang yang
paling pandai adalah mereka yang bercakap tentang mati
Orang yang pandai adalah mereka yang bercakap tentang ilmu..
Orang yang biasa adalah mereka yang bercakap tentang peristiwa..
Orang yang bodoh adalah mereka yang bercakap tentang kelemahan orang lain..
Orang yang paling bodoh adalah mereka yang bercakap tentang kehebatan diri sendiri...
Orang yang pandai adalah mereka yang bercakap tentang ilmu..
Orang yang biasa adalah mereka yang bercakap tentang peristiwa..
Orang yang bodoh adalah mereka yang bercakap tentang kelemahan orang lain..
Orang yang paling bodoh adalah mereka yang bercakap tentang kehebatan diri sendiri...
Mintak ampun mintak maaf dari hujung rambut hingga
hujung kaki. Saya banyak dosa, sampai sekarang pun rasanya dosa saya masih tak terampun sebab selalu membuat dosa secara tak sedar, tapi saya takkan putus asa untuk mendapat rahmat Allah selagi saya bernyawa.
Aku milik
Allah, kau milik Allah, manusia ke, tumbuh tumbuhan ke, awan ke, binatang ke, SEMUA
MILIK ALLAH. Tak payah nak perasan itu awak yang punya k, because you have
nothing! ZERO!
KITA HAMBA ALLAH. TANGGUNGJAWAB KITA HANYALAH PADA ALLAH. TAATLAH PERINTAH ALLAH SAUDARA ISLAM KU.
Jaga Iman Jaga Hati. Mujahadahlah melawan nafsu syaitan. Syaitan tak pernah putus asa goda kita. Tapi kita pulak yang selalu putus asa untuk jaga iman kita. Allahurabbi.
Okeylah sekian saudara-saudara islam ku. Assalamualaikum. Mintak ampun yeee.