Saturday 23 November 2013

Iman makin down. Please, Tajdid your Niat.

Assalamualaikum wbt    :)

Alhamdulillah for everything Allah. Ya Allah aku sangat mencintaiMu. Ujian Mu, Kasih sayang Mu, Ilmu Mu, Nikmat Mu, what else? Ya Allah sangat banyak, itu semua membuatkan aku makin dalam ingin berkasih sayang dengan Mu Ya Rabb. Walau kadang aku tetap dengan lalai, tetap dengan malas, tetap dengan hanyut pada dunia yang penuh dosa ini, tapi Engkau tetap curahkan kasih sayang pada aku. Ya Allah ampunkan segala dosaku. Ampunkan kesalahanku yang tak terkira debunya. Ya Allah takutnya aku akan azab api nerakaMu yang menyala nyala pedih. Allahu robbi.

Kawan, Disini ku ingin mencoretkan perasaan hati ini,

Kawan, tidakkah kau mahu mencari cahaya. Cahaya itu dipanggil cahaya Ilahi. Di manakah mahu mencari cahaya itu? Jika benar, jika sudi, jika engkau betul betul ingin cahaya yang terang itu, carilah ia dengan ilmu iaitu Ilmu Allah. Kau sebenarnya sudah nampak akan cahaya itu, tapi kadang kau tak tahu adakah kau betul betul nampak, atau kau sendiri masih ragu-ragu dengan cahaya itu. Kawan, untuk mengenal Allah, yakni agama Allah yang berlandaskan al quran dan as sunnah tidak adalah keraguan didalamnya. Oleh itu kawan janganlah sekali-kali kau meragui akan cahaya itu. Jika kau sudah nampak cahaya itu, janganlah kau berpaling kawan. Pandanglah dan pergilah mengejar cahaya yang bahagia nan indah itu.

Kawan, aku juga banyak dosa. Dari dulu sampai la ni pun dosa ku masih bertimbun-timbun gunungnya. Aku masih malas macam dulu, iman ku pula lemah bagai tiada tandingan, sering juga hati ini iri pada manusia, sering juga aku berkata-kata buruk pada manusia. Ya Allah, betapa jeleknya akhlak aku ini. Kawan, janganlah kau menyanjung tinggi akan diri ku ini yang kau cakap wah nina kah ini, macam mana kau boleh jadi alim macam ustazah ni. errrr.... Kawan, janganlah kau lihat aku dari luaran yang dalamannya kau tak nampak betapa kosongnya aku dengan ilmu Allah. Aku ini masih lagi perbaiki diri, masih terkapai-kapai mendapatkan ilmu Allah. Allah, jauh lagi aku untuk digelar ustazah

Kawan, kita adalah hamba, hamba kepada Sang Khaliq Yang Maha Pencipta. Kita adalah hamba kepada Allah. Allah adalah  Pemilik Bumi ini. Kita ni siapa? Manusia, manusia yang diciptakan oleh Allah. Jadi kenapa kita tak patuh kepada Pemilik Bumi? Sebab apa? Sebab, kita manusia ni lebih patuh kepada manusia. Allahu robbi, jauhnya kita dengan Pemilik Bumi. Patutnya kita patuh pada pemilik bumi. Siapa Allah di hati kita? Setakat bercakap di mulut, tapi hati tidak menyatakan apa yang di cakapkan. Jangan sampai kita dilabel sebagai orang yang munafik bila di hisab di hadapan Allah. Nauzubillahminzalik. Kawan sedarkah kamu akan semua ini? Di mana letaknya iman kita? Di mana letaknya perasaan kita pada Sang Pencipta, pada Pemilik Bumi ini? Allah... Jauhnya kita dari-Nya. Tidakkah kita terfikir akan hari pembalasan itu nanti? Tidakkah kita terfikir apa yang kita buat di dunia ni akan di balas di padang mahsyar nanti? Atau kita rasa kita sudah cukup bagus untuk memasuki syurga? Hebat sangatkah diri kita ini?
Tiada yang hebat di dunia ni hanyalah Allah, tidak ada yang kekal di dunia ni hanyalah Allah. Oleh itu, perbetulkan niat kita setiap hari untuk berhijrah kerana Allah. Lakukan kebaikan kerana Allah. Everything is for Allah Love

Berfikirlah kamu sejenak apa yang kamu mahu di dunia ini. Dunia ni bukan milik kita, Ianya milik Allah. Carilah redha Allah dan keberkatan dari-Nya. Moga kita semua berada didalam rahmat dan dilindungi oleh Allah SWT. InshaAllah

Janganlah kamu berpaling dari Allah sekalipun kamu itu perosak
Kawan, aku banyak dosa, jomlah kita sama-sama taubat supaya hati ini tidak rosak lagi