Monday 25 March 2013

Aku milik Allah, kau milik Allah. Sila sedar diri


Assalamualaikum wbt.

Salam Isnin semua, hopefully semuanya berada dalam keadaan yang sentiasa dirahmati Allah SWT. Selawat dan salam di atas junjungan Nabi kita Nabi Muhammad SAW dan para keluarga serta sahabat baginda. Alhamdulillah kita semua berada dalam keadaan yang dimana semua orang masih lagi boleh bernafas, boleh lagi melihat, boleh lagi berbuat kebaikan. Syukur alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang telah memberi kita segala nikmat yang tak boleh nak hitung jumlahNya.

Keluarga dan kawan-kawan yang sangat saya sayangi, kamu semua sangat hebat dimata saya. Saya sayang korang semua, oleh kerana saya sayanglah saya nak post sesuatu yang saya rasa tak sedap dimata dan hati saya. Ya, saya memang seorang insan yang lemah tak lah sepandai kamu- kamu semua. Hati saya pun tak lah sebaik hati-hati kalian. Saya tahu saya insan yang baru nak belajar, yang baru nak memperbaiki diri . Sebenarnya kan saya tak tahu macam mana nak tegur, tak tahu macam mana nak cakap depan-depan. Sorry lah sebab saya memang taktahu nak berintonasi supaya korang faham. Sorry jugak sebab bahasa saya agak kasar.

NOW YOU LISTEN WHAT I WANNA SAID TO YOU ALL , Yang duk sibuk agung-agungkan dunia.

Dunia? Ya, saya mengaku saya bangga sangat dengan dunia yang serba mewah, dunia fesyen yang up to date, dunia hiburan, konsert antarabangsa sana sini and macam-macam lagilah yang korang pun lebih tahu. Tapi sekarang saya rasa sedih sebab saya pernah hidup dengan dunia yang macam tu. Sekarang saya benci kehidupan dunia yang macam tu. Maybe sekarang korang akan cakap hello nina, hello minah tak payah nak poyo beremosi sangat macam kau tu hebat sangat, bajet baik, bajet alim, bajet muslimah and bla bla bla bla bla…

HELLO! Bila masa I cakap I ni hebat ? I ni baik ? BILA MASA!

Sebab apa korang cakap macam tu, sebab korang  tengok saya sekarang dah tak macam dulu?  And yes sebab sebenarnya korang tak rasa lagi macam mana INDAHNYA kehidupan saya sekarang, even sekarang saya tak berfesyen langsung, selekeh and apa-apa je lah korang nak cakap. Sebab korang tak rasa manisnya kehidupan Islam, korang memang islam tapi korang hidup tak macam orang islam YANG SEBENAR-BENARNYA??? Memang korang solat, puasa, tutup aurat. Tapi adakah semua tu semata-mata kerana Allah? Kerana dunia kan? Ofcos lah kerana dunia nak orang puji. Betapa cantiknya kau, betapa kayanya kau.  

Dunia? Dunia nak kejar harta kekayaan, nanti mati senang anak boleh warisi harta tu. Hello, didiklah anak –anak mu dengan didikan agama yang sempurna bukan ajar anak beli itu beli ini. Memanglah tak nafikan harta tu penting, tapi takyah lah duk kejar harta tu sampai hutang keliling pinggang, takde masa nak spent time dengan family. Anda ketua keluarga, mana tanggungjawab anda? Bila anak derhaka tengking2, sedar tak macam mana didikan anda terhadap anak anda? sudah cukupkah didikan agama yg kamu berikan kepada anak kamu itu dengan hantar dia pergi sekolah agama? Anda mahu dia menjadi soleh dan solehah tapi anda sendiri itu soleh? Anda solehah?
TEPUK DADA TANYA HATI SENDIRILAH


 Apa yang korang bangga sangat dengan dunia? dunia yang dimegah-megah. Dunia yang penuh keseronokan tapi dalamnya penuh dengan dosa maksiat, dunia yang penuh kezaliman, orang yahudi pulak suka tengok orang Islam macam tu. Sebab dorang bangga yang dorang dah buat korang agung-agungkan dunia maksiat mereka.

Apalah yang korang bangga sangat dengan dunia, sedang akhirat korang lupa.

Baru sekarang saya tahu macam mana orang yang tak pernah hidup dengan mengagung-agungkan dunia. Hidup dorang sangat simple takde nak menunjuk-nunjuk, hidup bersederhana walaupun dorang sebenarnya banyak duit tapi tidak pernah mengagung-agungkan duit tu. Sebab dorang tahu duit tu datang sementara je tak boleh bawak masuk kubur pun bila mati nanti.


Btw korang memang hebat, hebat sangatlah. Tapi lagi hebat Allah yang telah ciptakan langit dan bumi. Dan yang akan matikan kita semua nanti. Sedarlah diri tu, bila lagi nak sedar. Hidayah perlu dicari, bukan duk tunggu – tunggu sampai seru. Tak sampai sampai seru tu nanti dah mati pulak. Macam mana? Cuba fikir kalau hati tu dah gelap. Then Allah tarik nyawa kita masa hati kita dah gelap. Tak sempat nak bertaubat. Eh kau bayangkan lah. Cuba bayangkan. Bayangkan tengah duk bergembira happy2 tengah buat menda tak elok. then Allah tarik nyawa kita. Sekejap je. Kita pun dah mati. Mana lah kita tahu time tu kita nak mati. Tak sempat nak mengucap. Kau bayangkan lah, Ya Allah macam mana lah perasaan tu. Perasaan mati orang yang tak sempat bertaubat, kau tak takut ke? Dosa banyak lagi ni. Then bila dah mati kena seksa kubur. Sesungguhnya azab kubur sangat lah pedih. Kau kan pandai, orang hebat, belajar tinggi, tapi kau fikir tak bila mati datang nanti??? takkan la kau orang pandai tak fikir menda tu. Fikir seronok dengan duit kekayaan kau je eh.
Orang yang paling pandai adalah mereka yang bercakap tentang mati
Orang yang pandai adalah mereka yang bercakap tentang ilmu..
Orang yang biasa adalah mereka yang bercakap tentang peristiwa..
Orang yang bodoh adalah mereka yang bercakap tentang kelemahan orang lain..
Orang yang paling bodoh adalah mereka yang bercakap tentang kehebatan diri sendiri...

Mintak  ampun mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Saya banyak dosa, sampai sekarang pun rasanya dosa saya masih tak terampun sebab selalu membuat dosa secara tak sedar, tapi saya takkan putus asa untuk mendapat rahmat Allah selagi saya bernyawa. 
Aku milik Allah, kau milik Allah, manusia ke, tumbuh tumbuhan ke, awan ke, binatang ke, SEMUA MILIK ALLAH. Tak payah nak perasan itu awak yang punya k, because you have nothing! ZERO!
KITA HAMBA ALLAH. TANGGUNGJAWAB KITA HANYALAH PADA ALLAH. TAATLAH PERINTAH ALLAH SAUDARA ISLAM KU.
Jaga Iman Jaga Hati. Mujahadahlah melawan nafsu syaitan. Syaitan tak pernah putus asa goda kita. Tapi kita  pulak yang selalu putus asa untuk jaga iman kita. Allahurabbi.
Okeylah sekian saudara-saudara islam ku. Assalamualaikum. Mintak ampun yeee.




No comments:

Post a Comment